Cara kiraan dibuat
DuitMap menggunakan simulasi bulanan ringkas. Setiap bulan, interest dikira dahulu (kadar tahunan dibahagi 12), kemudian bayaran minimum setiap kad dibayar, dan bayaran tambahan disalurkan kepada kad sasaran mengikut kaedah yang dipilih. Bila satu kad selesai, baki bayaran tambahan bergerak ke kad seterusnya dalam bulan yang sama.
Kalkulator juga mengira senario bayar minimum sahaja sebagai perbandingan, supaya anda nampak berapa banyak interest dan masa yang dijimatkan oleh bayaran tambahan. Simulasi dihadkan kepada 600 bulan.
Pengiraan ini tidak mengambil kira caj lewat bayar, pendahuluan tunai, pelan ansuran, pindahan baki atau kadar promosi. Caj sebenar bergantung kepada bank, tarikh transaksi dan tarikh penyata anda.