Memuatkan...
Memuatkan...
Bandingkan anggaran ansuran LPPSA dan loan bank untuk pembiayaan rumah, termasuk jumlah bayaran, jumlah faedah/keuntungan, dan ujian tekanan jika kadar bank naik.
4.00% ialah nilai permulaan. Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil.1/2026 (§5.5.1) menetapkan kadar faedah pembiayaan konvensional (SPPSA) sebanyak 4% setahun atas baki berkurangan. Bagi pembiayaan Islamik (SPPSAi), kadar keuntungan ialah 7% setahun tetapi pelanggan menikmati kadar efektif 4% melalui prinsip Muqasah/Ibra' — jadi dokumen anda mungkin memaparkan 7%. Sahkan kadar dan struktur sebenar anda dalam surat tawaran LPPSA.
Anggaran kadar pakej loan rumah bank yang sedang dipertimbangkan.
Kadar tetap pada 4.00% (anggaran).
Anggaran ansuran bulanan
RM 1,593.99
Anggaran sahaja. Bukan kelulusan rasmi LPPSA.
Kadar semasa 4.25% (anggaran).
Ansuran bulanan
RM 1,648.42
Anggaran ansuran bank jika kadar semasa (4.25%) naik. Loan bank biasanya kadar terapung; LPPSA biasanya stabil.
| Skenario | Kadar baru | Ansuran bulanan | Beza vs bank semasa | Beza vs LPPSA |
|---|---|---|---|---|
| +0.25% | 4.50% | RM 1,703.72 | +RM 55.31 | +RM 109.74 |
| +0.50% | 4.75% | RM 1,759.88 | +RM 111.47 | +RM 165.90 |
| +1.00% | 5.25% | RM 1,874.67 | +RM 226.26 | +RM 280.69 |
Berdasarkan input anda, LPPSA memberi ansuran lebih rendah dan biasanya lebih stabil dalam anggaran ini. Bagi penjawat awam yang layak, LPPSA boleh menjadi pilihan yang lebih mudah diramal untuk jangka panjang.
Anggaran sahaja. Ini membantu semakan awal bajet, bukan jaminan kelulusan atau harga rumah yang pasti sesuai.
Nota ringkas
Kiraan ini ialah anggaran untuk tujuan pendidikan dan perancangan awal sahaja. Keputusan sebenar boleh berbeza mengikut data yang anda masukkan, polisi semasa, dokumen rasmi, kontrak, kadar, caj dan kaedah pengiraan pihak berkaitan. Sila semak dengan pihak rasmi atau institusi berkaitan sebelum membuat keputusan kewangan.
Anggaran kemampuan rumah, ansuran, DSR, LTV, kos guaman, duti setem dan kos awal boleh berbeza mengikut bank, peguam, penilai, jenis hartanah, polisi semasa dan dokumen sebenar.
Asas rujukan
Perbandingan ansuran reducing-balance antara kadar LPPSA dan kadar bank yang kedua-duanya dimasukkan pengguna. DuitMap tidak menetapkan kadar LPPSA — nilai lalai hanyalah titik permulaan yang boleh diubah.
Andaian utama
Kadar LPPSA lalai
4.00% sebagai nilai permulaan yang boleh diubah
Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil.1/2026 §5.5.1 menetapkan kadar faedah pembiayaan konvensional (SPPSA) sebanyak 4% setahun atas baki berkurangan. Bagi pembiayaan Islamik (SPPSAi), §5.5.2 menetapkan kadar keuntungan 7% setahun, tetapi pelanggan menikmati kadar efektif 4% setahun melalui prinsip Muqasah/Ibra' — jadi dokumen anda mungkin memaparkan 7%. Sahkan kadar dan struktur sebenar anda dalam surat tawaran LPPSA.
Kadar bank lalai
4.25% sebagai nilai permulaan sahaja.
Stress test bank
+0.25%, +0.50% dan +1.00% di atas kadar bank semasa.
Skop hasil
Ini anggaran ansuran dan jumlah bayaran, bukan kelulusan rasmi LPPSA atau bank.
Rujukan rasmi / berkaitan
LPPSA • Disemak 23 Julai 2026
LPPSA • Disemak 23 Julai 2026
LPPSA • Disemak 16 Julai 2026
LPPSA • Disemak 16 Julai 2026
LPPSA • Disemak 16 Julai 2026
BNM
Untuk panduan penuh tentang syarat asas, jenis pembiayaan, kos awal, dan bila LPPSA lebih sesuai berbanding loan bank, baca panduan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA.
Semakan Kandungan
Jika anda nampak fakta, formula, angka, atau pautan yang tidak tepat pada halaman ini, hantar laporan ringkas supaya kami boleh semak.
Halaman dirujuk: Kalkulator LPPSA vs Loan Bank