Memuatkan...
Memuatkan...
Bandingkan anggaran kos tukaran mata wang asing antara Wise dan kad kredit
Biarkan kosong untuk auto, atau masukkan secara manual
Masukkan kadar sebenar bank anda, atau kosongkan untuk anggaran
Markup tersembunyi pada kadar tukaran (biasa: 2-4%)
Yuran yang dikenakan pada transaksi (biasa: 1.0%)
Biasa: 0.4-0.6% bergantung pada mata wang
Mid-market rate: Kadar tukaran sebenar, diambil secara automatik daripada sumber yang boleh dipercayai. Ini adalah kadar yang anda lihat di Google, tanpa sebarang markup.
Wise: Guna mid-market rate ditambah yuran kecil yang telus (biasanya 0.4-0.6%). Tiada markup tersembunyi pada kadar tukaran.
Kad kredit: Caj dalam dua cara: (1) FX markup tersembunyi pada kadar tukaran itu sendiri (2-4%), dan (2) Foreign transaction fee di atas itu (1-2%). Kedua-dua ini didarab, bukan ditambah secara linear.
Petua: Semak penyata kad kredit atau laman web bank anda untuk kadar tukaran sebenar yang mereka guna. Anda boleh masukkan secara manual dalam kalkulator ini untuk perbandingan yang tepat.
| Kaedah | Kadar Tukaran | Yuran | Anda Dapat (USD) |
|---|---|---|---|
| Mid-market | 4.50 | - | $222.22 |
| Wise | 4.50 | 0.6% | $220.89 |
| Kad Kredit | 4.64 (+3%) | 1% | $213.68 |
*Contoh kadar untuk ilustrasi sahaja. Penjimatan sebenar: RM 33.49 (3.3%)
Pengiraan ini adalah anggaran untuk tujuan perbandingan. Caj sebenar bergantung pada bank, penyedia dan masa transaksi.
Ia kadar tengah antara harga beli dan harga jual sesuatu mata wang di pasaran antara bank — kadar yang anda lihat di Google, tanpa sebarang markup. Ia rujukan, bukan kadar yang ditawarkan kepada anda. Setiap penyedia menambah kosnya sendiri di atas kadar ini, sama ada sebagai yuran yang dinyatakan atau sebagai markup pada kadar itu sendiri.
Kerana kad kredit mengenakan caj dalam dua lapisan yang berbeza: markup tersembunyi pada kadar tukaran itu sendiri, dan foreign transaction fee di atas amaun yang sudah ditukar. Kedua-duanya didarab, bukan ditambah secara linear, jadi kos sebenar sentiasa lebih tinggi daripada jumlah dua peratusan itu.
Semak penyata kad kredit anda selepas transaksi luar negara dan bandingkan amaun MYR yang dicaj dengan amaun asal dalam mata wang asing — nisbahnya ialah kadar berkesan yang bank anda guna, termasuk markup. Anda boleh masukkan kadar itu secara manual dalam kalkulator ini untuk perbandingan yang tepat, bukannya bergantung pada anggaran lalai.
Tidak semestinya. Kadar berubah sepanjang hari, kaedah pembayaran mempunyai fi berbeza, dan sesetengah pedagang luar negara menawarkan penukaran mata wang dinamik yang mengenakan kadar mereka sendiri. Gunakan keputusan di sini sebagai perbandingan antara kaedah, bukan sebagai jangkaan amaun tepat.
Nota ringkas
Kiraan ini ialah anggaran untuk tujuan pendidikan dan perancangan awal sahaja. Keputusan sebenar boleh berbeza mengikut data yang anda masukkan, polisi semasa, dokumen rasmi, kontrak, kadar, caj dan kaedah pengiraan pihak berkaitan. Sila semak dengan pihak rasmi atau institusi berkaitan sebelum membuat keputusan kewangan.
Kos pertukaran mata wang, caj kad, markup, cashback dan yuran boleh berubah mengikut penyedia, masa transaksi, kadar semasa, MCC, syarat kad dan polisi bank.
Asas rujukan
Kadar mid-market diambil daripada Frankfurter API, manakala yuran Wise dan kad kredit menggunakan input atau lalai semasa dalam kalkulator.
Andaian utama
Cache kadar tukaran
Kadar live disimpan sehingga 6 jam.
FX markup kad lalai
3.0% jika kadar kad sebenar tidak dimasukkan.
Foreign transaction fee lalai
1.0%.
Yuran Wise lalai
0.6%.
Override kadar kad
Jika kadar kad manual diisi, ia override anggaran markup kad.
Rujukan rasmi / berkaitan
Wise
Frankfurter
Semakan Kandungan
Jika anda nampak fakta, formula, angka, atau pautan yang tidak tepat pada halaman ini, hantar laporan ringkas supaya kami boleh semak.
Halaman dirujuk: Kalkulator Wise vs Kad Kredit