Apa Maksud Nombor Ini?
Kalkulator ini menganggarkan jurang perlindungan keluarga — iaitu perbezaan antara jumlah yang keluarga anda mungkin perlukan dan jumlah perlindungan serta aset yang anda sudah ada. Ia menjawab soalan: "Kalau saya tiada esok, berapa jumlah perlindungan yang keluarga saya mungkin perlukan untuk terus hidup, bayar hutang penting dan capai matlamat asas?"
Bagaimana Jurang Dikira?
- Keperluan kasar = belanja hidup + hutang + pendidikan anak + sokongan tanggungan + kos akhir.
- Offset = perlindungan sedia ada + aset yang dikira + offset pendapatan pasangan.
- Jurang coverage = keperluan kasar − offset (minimum sifar).
Kenapa Medical Card Tidak Dikira?
Medical card membantu membayar kos rawatan hospital, bukan menggantikan pendapatan keluarga. Kerana itu had tahunan medical card tidak sepatutnya dimasukkan sebagai perlindungan keluarga dalam kiraan ini.
Kenapa MRTA/MRTT Tidak Cukup Sahaja?
MRTA/MRTT biasanya melindungi baki loan rumah sahaja. Ia tidak semestinya menampung belanja harian keluarga, pendidikan anak, hutang lain atau sokongan kepada ibu bapa. Sebab itu kalkulator ini mengasingkan hutang rumah yang sudah dilindungi daripada baki keperluan lain.
Cara Guna Kalkulator Ini
- Masukkan belanja asas keluarga dan tempoh sokongan.
- Senaraikan hutang yang anda mahu keluarga tidak tanggung.
- Tetapkan sasaran pendidikan anak.
- Masukkan sokongan tanggungan lain jika ada.
- Masukkan perlindungan dan aset sedia ada.
- Semak jurang coverage dan senario minimum/seimbang/lebih selamat.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa coverage insurans hayat yang cukup?
Tiada satu angka yang sesuai untuk semua orang. Coverage biasanya bergantung kepada belanja keluarga, jumlah hutang, bilangan tanggungan, pendidikan anak, simpanan sedia ada dan coverage yang sudah ada. Kalkulator ini membantu anggar jurang perlindungan, bukan menentukan produk.
2. Perlu kira medical card sebagai coverage keluarga?
Biasanya tidak. Medical card membantu membayar kos rawatan, manakala perlindungan hayat atau takaful keluarga membantu menggantikan pendapatan atau memberi pampasan kepada waris. Fungsi kedua-duanya berbeza.
3. Kalau sudah ada MRTA atau MRTT, masih perlu coverage lain?
MRTA/MRTT biasanya berkait dengan hutang rumah. Ia tidak semestinya cukup untuk belanja keluarga, pendidikan anak, hutang lain atau sokongan kepada ibu bapa. Semak jumlah coverage dan baki loan semasa.
4. Patut tolak KWSP dalam kiraan?
Boleh, jika anda memang mahu menganggap KWSP sebagai aset keluarga. Tetapi proses tuntutan, penamaan dan masa pencairan perlu difahami. Untuk kiraan konservatif, asingkan KWSP daripada tunai mudah cair.
5. Adakah kalkulator ini boleh anggar premium?
Tidak. Premium sebenar bergantung kepada umur, kesihatan, pekerjaan, status merokok, jumlah coverage, tempoh, rider dan underwriting. Kalkulator ini hanya menganggar keperluan coverage, bukan harga produk.