Memuatkan...
Memuatkan...
Cukai Pendapatan Malaysia
Versi ringkas untuk semak apa yang boleh claim, had maksimum dan dokumen yang patut disimpan sebelum isi e-Filing — plus anggaran cukai yang anda jimatkan.
Ini ialah ringkasan untuk semakan cepat. Untuk syarat penuh, rujuk panduan lengkap dan sumber rasmi LHDN.
Jumlah pelepasan
24 kategori
Diringkaskan daripada panduan penuh TT2026
Jumlah had maksimum
RM117,350
Siling teori merentas semua kategori berangka
Paling biasa digunakan
Individu, anak, insurans
Termasuk gaya hidup & perubatan
Sesuai untuk
Pekerja & keluarga
Makan gaji, ibu bapa, freelancer, pasangan berkahwin
Pelepasan cukai ≠ refund cukai.
Jumlah had maksimum yang anda pilih di bawah bukanlah wang yang anda akan terima balik. Pelepasan hanya mengurangkan pendapatan bercukai anda. Semak syarat penuh sebelum membuat tuntutan, dan ingat: fail pada 2027, tuntut berdasarkan Tahun Taksiran 2026.
Checklist ini hanya mengira pelepasan cukai individu. Zakat/fitrah biasanya dikira sebagai rebat cukai, manakala derma atau hadiah yang layak berada di bawah potongan daripada pendapatan agregat. Kedua-duanya boleh memberi kesan kepada cukai, tetapi tidak patut dicampur ke dalam jumlah maksimum pelepasan di bawah.
Pelepasan
Item seperti individu, anak, perubatan, SSPN dan insurans yang mengurangkan pendapatan bercukai.
Zakat / fitrah
Rebat cukai yang tertakluk kepada cukai dikenakan. Simpan resit rasmi pusat zakat yang diiktiraf.
Derma / hadiah
Potongan hanya untuk kategori yang diluluskan, dengan had tertentu seperti 10% pendapatan agregat bagi beberapa jenis sumbangan.
Cari, tapis dan tanda pelepasan yang mungkin anda layak tuntut, kemudian pilih banjaran pendapatan untuk lihat anggaran cukai yang dijimatkan. Pilihan anda disimpan secara automatik dalam pelayar ini.
Menunjukkan 24 daripada 24 pelepasan
Pelepasan asas automatik untuk setiap pembayar cukai individu pemastautin.
Pelepasan tambahan untuk pembayar cukai yang berdaftar sebagai OKU.
Untuk pasangan tanpa punca pendapatan / taksiran bersama, atau alimoni kepada bekas isteri.
RM2,000 untuk setiap anak yang layak berumur bawah 18 tahun.
Anak belum berkahwin, 18 tahun ke atas, dalam pendidikan sepenuh masa yang layak.
Anak belum berkahwin mengikuti diploma ke atas (Malaysia) atau ijazah ke atas (luar negara) yang layak.
Pelepasan untuk anak OKU; boleh menjadi RM16,000 jika anak turut mengikuti pengajian yang layak.
Rawatan perubatan, pergigian, penjagaan, keperluan khas serta pemeriksaan / vaksin yang dibenarkan.
Peralatan sokongan untuk diri, pasangan, anak atau ibu bapa yang kurang upaya.
Yuran pengajian sendiri termasuk sarjana / PhD dan kursus upskilling yang diiktiraf.
Kategori baharu TT2026 — fi masuk muzium, zoo, taman tema, geopark, program seni / budaya yang layak.
Had gabungan — penyakit serius, kesuburan, vaksin, pergigian, kesihatan mental, dan intervensi awal anak.
Berdasarkan tabungan bersih (simpanan masuk tolak pengeluaran) dalam tahun semasa.
Buku, komputer / telefon / tablet, langganan internet dan kursus self-enrichment terpilih.
Peralatan sukan, sewaan / fi masuk fasiliti sukan, fi pertandingan dan keahlian gimnasium.
Dibenarkan sekali setiap dua tahun taksiran, bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah.
Kini relevan untuk anak sehingga 12 tahun; termasuk pusat jagaan / transit berdaftar.
Had keseluruhan RM7,000: KWSP hingga RM4,000 + insurans nyawa / takaful hingga RM3,000.
Skim Persaraan Swasta dan anuiti tertangguh — dilanjutkan sehingga Tahun Taksiran 2030.
Premium polisi insurans pendidikan atau perubatan yang layak.
Berdasarkan caruman sebenar kepada PERKESO / Sistem Insurans Pekerjaan.
Pelepasan kelestarian & keselamatan rumah — semak syarat kekerapan tuntutan.
RM7,000 untuk rumah ≤ RM500k; RM5,000 untuk rumah RM500,001–RM750,000. Untuk 3 tahun taksiran.
Data anda disimpan secara automatik dalam browser peranti ini sahaja. Jika anda clear browser data, simpanan ini akan hilang.
0 / 24 disemak
RM0
jumlah pelepasan · pilih pendapatan ↓
Sudah kenal pasti pelepasan TT2026 yang layak dan mempunyai dokumen sokongan? Baca cara guna Borang TP1 untuk memahami cara maklumat itu boleh digunakan oleh majikan bagi melaraskan PCB semasa tahun berjalan.
Tuntutan tanpa dokumen sokongan berisiko ditolak. Simpan resit & penyata selama 7 tahun.
Bukan semua pembelian atau kursus automatik layak — syarat kategori perlu dipenuhi.
Jumlah pelepasan hanya kurangkan pendapatan bercukai, bukan wang yang anda terima balik.
Beberapa kategori (contohnya perubatan) berkongsi had gabungan — jangan terlebih tuntut.
Insurans anak, jagaan anak dan rumah hijau ada syarat khusus TT2026 yang mudah terlepas.
Zakat/fitrah ialah rebat, manakala derma/hadiah diluluskan ialah potongan daripada pendapatan agregat — bukan item checklist pelepasan biasa.
Lebih lanjut: senarai penuh kesilapan & cara semak kelayakan dalam panduan lengkap.
Tidak. Pelepasan hanya mengurangkan pendapatan bercukai anda, bukan wang yang diterima balik. Penjimatan sebenar lebih kurang jumlah pelepasan didarab dengan kadar cukai marginal anda — contohnya RM10,000 pelepasan pada kadar 11% menjimatkan sekitar RM1,100 cukai, bukan RM10,000.
RM2,000 bagi setiap anak bawah 18 tahun; RM2,000 bagi anak 18 tahun ke atas dalam pengajian pra-ijazah yang layak; dan RM8,000 bagi anak 18 tahun ke atas yang mengikuti diploma ke atas (Malaysia) atau ijazah ke atas (luar negara) yang layak. Setiap anak hanya masuk satu band ini, jadi jangan campur ketiga-tiganya untuk anak yang sama. Anak OKU boleh mencapai sehingga RM16,000 dengan syarat pengajian.
Kategori gaya hidup (had RM2,500) meliputi buku, komputer/telefon/tablet peribadi, langganan internet atas nama sendiri dan kursus self-enrichment terpilih. Peralatan sukan, fi fasiliti/pertandingan sukan dan keahlian gimnasium pula berada di bawah pelepasan sukan tambahan yang berasingan (had RM1,000).
Checklist ini hanya mengira pelepasan cukai individu. Zakat/fitrah dikira sebagai rebat cukai (mengurangkan cukai secara terus), manakala derma atau hadiah yang layak berada di bawah potongan daripada pendapatan agregat. Kedua-duanya beri kesan kepada cukai, tetapi tidak sepatutnya dicampur ke dalam jumlah maksimum pelepasan.
Anda memfailkan pada tahun 2027 untuk pendapatan Tahun Taksiran 2026 (1 Januari–31 Disember 2026). Sebab itu semua had dan syarat di halaman ini merujuk kepada peraturan TT2026.
Simpan resit, penyata dan bukti kelayakan selama 7 tahun. LHDN boleh meminta dokumen sokongan bagi tuntutan pelepasan yang anda buat, dan tuntutan tanpa dokumen berisiko ditolak.
Semak syarat dan contoh untuk semua kategori pelepasan TT2026.
Baca →Semak EA/EC, rekod pendapatan, rekod PCB atau CP500 dan butiran profil sebelum membuka MyTax.
Baca →Bezakan item yang mengurangkan pendapatan bercukai dengan item yang mengurangkan cukai.
Baca →Fahami kenapa zakat/fitrah dikira sebagai rebat cukai, bukan pelepasan.
Baca →Anggar kesan profil cukai, pelepasan dan rebat terhadap potongan bulanan.
Baca →Sudah ada perbelanjaan yang layak? Fahami cara laporkannya kepada majikan supaya PCB bulanan lebih tepat.
Baca →Checklist ini sesuai untuk semakan cepat. Untuk contoh, syarat kelayakan dan penerangan penuh, baca panduan lengkap pelepasan cukai 2027.
Simpan resit dan dokumen sokongan selama 7 tahun. Semua had di atas adalah anggaran untuk rujukan umum berdasarkan rujukan TT2026.
Checklist di atas menjawab “apa yang boleh saya tuntut”. Soalan berikutnya ialah “borang mana dan bagaimana”. Jika anda pekerja makan gaji tanpa punca pendapatan perniagaan, borang anda lazimnya Borang BE.
Nota ringkas
Kiraan ini ialah anggaran untuk tujuan pendidikan dan perancangan awal sahaja. Keputusan sebenar boleh berbeza mengikut data yang anda masukkan, polisi semasa, dokumen rasmi, kontrak, kadar, caj dan kaedah pengiraan pihak berkaitan. Sila semak dengan pihak rasmi atau institusi berkaitan sebelum membuat keputusan kewangan.
Anggaran PCB dan cukai boleh berubah mengikut status cukai, pelepasan, rebat, pendapatan tahunan, bonus, TP1 dan maklumat e-Filing sebenar. Semak dengan HASiL atau penasihat cukai bertauliah jika perlu.
Asas rujukan
Senarai semak pelepasan cukai bagi Tahun Taksiran 2026 (difailkan 2027). Had maksimum diambil daripada data/tax-reliefs-2027.ts, yang mencerminkan artikel panduan penuh DuitMap. Jumlah tuntutan dikira daripada input pengguna dan tidak dihantar ke mana-mana.
Andaian utama
Tahun taksiran
Semua had adalah untuk TT2026 (difailkan pada 2027), bukan TT2025 yang sedang difailkan sekarang.
Status jadual rasmi
HASiL belum menerbitkan jadual pelepasan TT2026. Had di sini sepadan dengan TT2025, ditambah satu pelepasan baharu daripada Belanjawan 2026 — anggaran perancangan, bukan senarai muktamad.
Skop
Bukan nasihat cukai. Kelayakan sebenar setiap tuntutan bergantung pada resit dan syarat HASiL semasa borang dibuka.
Rujukan rasmi / berkaitan
HASiL • Disemak 4 Ogos 2026 — jadual terkini di halaman ini ialah TT2025