Premium 1
Memuatkan...
Memuatkan...
Semak sama ada premium insurans atau takaful anda masih sesuai dengan gaji bersih, komitmen bulanan, belanja hidup dan sasaran simpanan.
Kalkulator ini tidak mencadangkan produk — ia hanya membantu anda melihat kesan premium terhadap cashflow bulanan.
Nota ringkas
Kiraan ini ialah anggaran untuk tujuan pendidikan dan perancangan awal sahaja. Keputusan sebenar boleh berbeza mengikut data yang anda masukkan, polisi semasa, dokumen rasmi, kontrak, kadar, caj dan kaedah pengiraan pihak berkaitan. Sila semak dengan pihak rasmi atau institusi berkaitan sebelum membuat keputusan kewangan.
Anggaran premium dan kos perlindungan bukan sebut harga rasmi. Jumlah sebenar bergantung kepada umur, jumlah perlindungan, tempoh, status kesihatan, underwriting, bank dan penyedia insurans atau takaful.
Soalan lazim
Tiada satu peratus yang sesuai untuk semua orang. Kalkulator ini menggunakan peratus sebagai penanda kasar sahaja. Yang lebih penting ialah sama ada premium masih muat selepas komitmen, belanja hidup, simpanan dan dana kecemasan.
Tidak semestinya. Premium boleh jadi tinggi kerana coverage besar, umur, kesihatan, rider tambahan atau jenis manfaat. Tetapi premium yang terlalu menekan cashflow boleh menyebabkan bajet bulanan menjadi tidak stabil.
Jangan buat keputusan terburu-buru berdasarkan satu nombor sahaja. Semak coverage, manfaat, pengecualian, tempoh polisi, keadaan kesihatan dan keperluan keluarga. Dapatkan nasihat berlesen sebelum membatalkan atau menukar polisi.
Ya, jika anda mahu lihat kesan penuh kepada bajet. Insurans kereta biasanya dibayar tahunan, jadi kalkulator akan tukar kepada anggaran bulanan supaya anda boleh rancang lebih awal.
Kalkulator perlindungan keluarga menganggar berapa coverage yang mungkin diperlukan. Kalkulator bajet premium pula menyemak sama ada premium yang anda bayar atau sedang pertimbangkan masih sesuai dengan cashflow bulanan.