Memuatkan...
Memuatkan...
Kira pelarasan gaji SSPA Fasa 1 dan Fasa 2, kemudian unjur tangga gaji mengikut KGT dan gred anda.
Gunakan gaji hakiki untuk semak perubahan 2024-2026. Selepas itu, pilih preset gred SSPA atau masukkan KGT secara manual untuk melihat unjuran jangka panjang.
Pelarasan gaji SSPA 2024–2026
Masukkan gaji hakiki sebelum SSPA untuk kira anggaran Fasa 1 dan Fasa 2. KGT boleh dimasukkan mengikut tarikh pergerakan gaji dan keputusan sebenar anda.
Kaedah standard ini mengikut Pekeliling Perkhidmatan SSPA: Fasa 1 ialah 8% atau minimum RM240 bagi Pelaksana/Pengurusan & Profesional, dan 4% bagi Pengurusan Tertinggi. Fasa 2 dikira atas gaji hakiki 31 Disember 2025 pada kadar 7% atau 3%.
Kalkulator ini tidak mengautomasikan pemindahan ke GPT/gaji permulaan skim, kes KUP, pertukaran pelantikan, cuti, peminjaman, kenaikan pangkat atau keputusan PPSM. Semak keputusan sebenar dengan HR jabatan dan Pekeliling Perkhidmatan SSPA JPA.
Selepas semak pelarasan, unjur gaji anda untuk 5-10 tahun dan lihat bila gaji boleh capai milestone penting.
Masukkan gaji asas dan KGT secara manual, atau pilih preset SSPA untuk auto-isi nilai rujukan sebelum buat unjuran. Belum pasti maksud KGT? Baca dahulu apa itu KGT penjawat awam sebelum mula mengira.
Unjuran tangga gaji ialah permulaan. Sambung ke alat lain untuk semak potongan, cukai dan keputusan besar seperti rumah.
Baca maksud KGT, JGMM, gaji minimum-maksimum dan cara fikir tangga gaji sebagai pelan kewangan.
BukaSemak anggaran gaji selepas KWSP, SOCSO, EIS, PCB dan potongan lain.
BukaBaca maksud gaji asas, gaji kasar dan gaji bersih sebelum buat keputusan kewangan.
BukaUji sama ada baki selepas komitmen masih selesa untuk sasaran rumah.
BukaNota ringkas
Kiraan ini ialah anggaran untuk tujuan pendidikan dan perancangan awal sahaja. Keputusan sebenar boleh berbeza mengikut data yang anda masukkan, polisi semasa, dokumen rasmi, kontrak, kadar, caj dan kaedah pengiraan pihak berkaitan. Sila semak dengan pihak rasmi atau institusi berkaitan sebelum membuat keputusan kewangan.
Kiraan berkaitan gaji, KWSP, SOCSO, EIS dan potongan lain tertakluk kepada kadar, jadual caruman, kategori pekerja dan peraturan semasa pihak rasmi.
Jika anda guna kalkulator ini untuk rancang gaji kerajaan 2026, semak juga jadual gaji penjawat awam 2026 supaya unjuran kenaikan, komitmen dan cashflow bulanan dibaca bersama tarikh bayaran.
Soalan-soalan ini bantu anda faham maksud KGT, beza mod kalkulator, dan had unjuran tangga gaji kerajaan ini.
Kalkulator ini menganggarkan pelarasan gaji hakiki SSPA Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026. Anda juga boleh memasukkan KGT sepanjang 2025 atau KGT pada 1 Januari 2026 mengikut situasi sebenar anda.
Bagi Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional, Fasa 1 ialah 8% atau minimum RM240 dan Fasa 2 ialah 7%. Bagi Pengurusan Tertinggi, kadarnya ialah 4% untuk Fasa 1 dan 3% untuk Fasa 2.
KGT bermaksud Kenaikan Gaji Tahunan, iaitu jumlah tetap yang ditambah pada gaji asas anda setiap tahun sehingga gaji mencapai paras maksimum gred. Kalkulator ini menggunakan KGT untuk unjurkan bagaimana gaji asas anda boleh meningkat dari tahun ke tahun.
Mod Manual membenarkan anda masukkan sendiri gaji asas dan KGT. Mod Pilih Gred SSPA pula auto-isi nilai rujukan berdasarkan preset gred SSPA 2024, jadi anda boleh mula dengan nilai rujukan sebelum laraskan ikut situasi sebenar anda.
Unjuran tangga gaji ini berasaskan gaji asas (sebelum potongan). Untuk anggaran gaji bersih selepas KWSP, SOCSO, EIS dan PCB, gunakan Kalkulator Gaji Bersih dan masukkan gaji asas yang diunjurkan di sini.
Ya. KGT ditambah setiap tahun hanya sehingga gaji asas mencapai paras maksimum (mata gaji tertinggi) bagi gred berkenaan. Selepas itu, kenaikan gaji tahunan secara automatik terhenti melainkan ada pelarasan dasar atau kenaikan gred.
Tidak. Ia alat perancangan untuk anggaran sahaja, bukan dokumen rasmi. Angka sebenar bergantung pada gred, tangga gaji rasmi, dan dasar saraan semasa. Sahkan dengan jadual gaji rasmi atau Bahagian Sumber Manusia jabatan anda sebelum buat keputusan kewangan besar.
Letak unjuran tangga gaji bersama jadual gaji, gaji bersih, PCB dan LPPSA.
Buka →Tukar gaji asas yang diunjurkan kepada anggaran jumlah masuk bank.
Buka →Semak tarikh bayaran gaji untuk rancang cashflow sebelum dan selepas kenaikan.
Buka →Gaji bersih, KWSP, SOCSO/EIS, PCB, OT, slip gaji dan jadual caruman dikumpulkan dalam satu workbench.
Buka semua alat gaji →Artikel Panduan Gaji menerangkan gaji kasar, gaji bersih, KWSP, SOCSO, EIS, PCB, OT dan contoh ikut julat gaji.
Buka hub Panduan Gaji →Semakan Kandungan
Jika anda nampak fakta, formula, angka, atau pautan yang tidak tepat pada halaman ini, hantar laporan ringkas supaya kami boleh semak.
Halaman dirujuk: Kalkulator Gaji SSPA 2026